Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tak Pasal Terbakar Kerana Selfie Atas Kereta Api

12 Jun 2015



RUSIA: Padah menimpa dua remaja perempuan, Olesya Belmasova dan Anastasiya Kirillova apabila terkena renjatan elektrik ketika memanjat sebuah kereta api lama semata-mata mahu mengambil 'selfie'.


Meskipun sudah tidak digunakan lagi, kereta api berkenaan masih mempunyai aliran elektrik sehingga beribu-ribu volt.

Kedua-dua remaja yang berusia 16 tahun tersebut parah akibat melecur yang teruk.

Menceritakan kejadian itu, Anastasia mendakwa mereka berdua tercampak ke atas lantai apabila tiba di atas bumbung kereta api itu, dengan badan salah seorang dari mereka menjadi hitam dan seorang lagi sedang terbakar dan dipenuhi api.

“Rambut saya terbakar dan ia sangat sakit," katanya.

Inilah orang kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya. Tak pasal-pasal 'terbakar' hanya kerana mahu gambar yang pelik dari yang lain. -Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "