Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Suspek Bogel Di Puncak Kinabalu Dibebaskan Semula

9 Jun 2015
No Comment


KOTA KINABALU: Pihak polis sebelum ini telah berjaya menahan seorang pelancong asing yang dipercayai telah berbogel dan membuang air kecil di atas Gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu.

Memetik laporan mStar Online, pelancong tersebut telah dilepaskan semula pada petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah SAC Datuk Salehuddin Abdul Rahman mengesahkan telah menahan seorang lelaki dari Eropah berusia 38 tahun di mana dia dikatakan sedang dalam perjalanan untuk ke Filipina.

Pihak polis juga mengesahkan lelaki tersebut merupakan salah seorang dari 10 pelancong asing yang berkelakuan biadap di puncak Kinabalu.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana mengganggu ketenteraman awam, yang membolehkan pesalah didenda sehingga RM400.

Sebelum ini gambar mereka yang berkelakuan biadap telah menjadi viral di laman sosial. Kerana perbuatan mereka itu, rata-rata netizens melahirkan rasa marah dan ada yang membuat laporan polis kerana tindakan pelancong ini yang berbogel di puncak Kinabalu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "