Semalam Siakapkeli ada berkongsikan satu status yang dimuatnaikkan oleh seorang wanita yang mana meluahkan rasa tidak puas hati setelah diarahkan memakai kain batik ketika di pejabat JPJ.
Wanita berkenaan diarah demikian kerana pemakaiannya yang tidak sesuai dan melanggar etika pemakaian ketika berurusan di pejabat berkenaan iaitu dengan memakai skirt paras lutut.
Maka, berikut adalah peraturan tatacara ataupun kod etika pemakaian ketika berurusan di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Menurut kenyataan rasmi yang telah dibuat oleh JPJ, orang awam mahupun pelawat yang ingin berurusan di Kaunter JPJ wajib berpakaian sopan.
Selain itu pelawat juga dilarang memakai pakaian yang menjolok mata atau dengan kata lain tidak senonoh.
Gagal mematuhi peraturan ini boleh menyebabkan pelawat dihalau keluar dari pejabat berkenaan. — Siakapkeli.my
Bacaan
Hangat
Terkini
Viral
Assalamualaikum dan salam perkenalan . Saya ingin menjemput anda ke blog saya iaitu http://blog.gagahboro.org. Saya harap siapa yang baca komen saya ini dapat pergi ke blog saya.
BalasPadam