Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Suri Rumah Ini Memiliki Darah Yang Amat Istimewa Mengalir Di Dalam Badannya

15 Jun 2015
No Comment


Seorang suri rumah, S Tatchana, 28, yang berasal dari Ipoh ini merupakan seorang wanita yang amat istimewa apabila disahkan oleh doktor dia mempunyai darah jenis Indian B di mana darah tersebut adalah darah paling susah dijumpai di negara ini.

Sehingga kini pihak Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Tabung Darah Negara hanya menjumpai dua orang termasuk beliau yang mempunyai darah ini di mana seorang lagi adalah seorang wanita Melayu di Kuala Lumpur.

Ibu kepada dua anak yang berasal daripada Klebang inidekat sini memberitahu media bahawa dia hanya mengetahui memeliki darah berkenaan semasa membaut rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk melahirkan anak pertama.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan doktor bahawa saya memiliki darah istimewa dan meminta kebenaran untuk mengambil sampel darah untuk kajian.

“Doktor turut memaklumkan darah saya sangat sukar ditemui dalam penduduk dalam negara ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Negeri Perak.

Menurut cerita seorang Pegawai Perubatan Jabatan Perubatan Transfusi HRPB merangkap pegawai yang menguruskan Tatchana, Dr J Gayathri berkata, semasa dia henadak bersalin dulu pihak hospital berhadapan situasi sukar untuk mencari darah yang sama dimiliki Tatchana. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "