WASHINGTON: Pembuat kapal terbang terkenal, Syarikat Boeing nampaknya telah memperkenalkan sebuah pesawat penumpang baru keluarkan mereka.
Pesawat baru tersebut yang dikenali sebagai Boeing 787 Dreamliner mempunyai kemampuan melakukan pergerakan kompleks.
Baru-baru ini nmereka telah mengelaurkan sebuah rakaman video dimana ia menunjukkan juruterbang mereka sedang menguji kemampuan pesawat Dreamliner itu sebelum menyertai Pertunjukan Udara Paris 2015 di Perancis pada minggu depan.
Ia dikatakan mamputerbang secara menegak ketika berlepas tetapi tidak dibenarkan ketika membawa penumpang untuk membuat aksi berkenaan.
Pesawat 787-9 itu mempunyai fuislaj sepanjang 6.09 meter dimana ia mampu membawa lebih banyak penumpang serta menggunakan lebih efektif dalam penjimatan minyak.
Difahamkan sebanyak 509 buah pesawat ini telah ditempah oleh 30 buah syarikat penerbangan antaranyaVietnam Airways. - Siakapkeli.my