Skuad bola sepak bawah 13 tahun kebangsaan (B-13) di bawah bimbingan Lim Teong Kim telah mencipta sejarah tersendiri dalam arena bola sepak Malaysia selepas pasukan NFDP Malaysia itu berjaya mara ke final Ibercup selepas menewaskan pasukan Sevilla FC (B-13) .
BACA: Skuad B-13 Negara Belasah Lima Kelab Jerman Termasuk Bayern Munich
Skuada negara memenangi perlawanan tersebut dengan sepakan penalti memihak kepada Malaysia 7-6 selepas terikat 0-0 dalam aksi separuh akhir di Costa del Sol, Sepanyol, awal pagi tadi.
Anak buah Teong Kim tersebut bakal bertemu Sporting Lisbon B-13 pada final, 12.30 waktu tempatan (6.30 waktu Malaysia), hari ini.
Kemenangan tersebut merupakan kemenangan kelima Malaysia berturut-turut dalam kejohanan ini di mana sebelum ini mereka telah mengalahkan pasuakan Atletico Madrid 1-0, SL Olivais (2-0) dan CF 'Os Belenenses' G (1-0) pada peringkat Kumpulan D serta FC Barreirense (5-0) pada peringkat suku akhir.
Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam akaun Twitternya mengucapkan tahniah kepada skuad muda negara ini.
Boys go through to #IberCup final after penalty win vs Sevilla. Good job @nfdpmalaysia https://t.co/wJwaHeEbpA
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 26, 2015
Ternyata menteri belia dan sukan ini sentiasa mengikuti dan memberi semangat kepada skuad anak muda negara ini dari awal. Malaysia Boleh!. - Siakapkeli.my
Msia shout out to the stadium and thanking for their support today. Big heart and very lucky. Not the win we wanted pic.twitter.com/KRN9G1lLpQ
— dax muhamad (@daxmuhamad) June 26, 2015