Melaka: Syarikat menjual barangan elektrik dan elektronik Malaysia, Seng Heng, dikenakan denda sebanyak RM30,000 kerana menaikkan harga peti sejuk untuk mengaut untung lebih pada bulan Mac lalu.
Hukuman denda itu dijatuhkan oleh Hakim Amran Jantan kepada Sengheng Electric (KL) Sdn Bhd di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas syarikat terbabit didapati bersalah mengikut Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Syarikat tersebut melakukan kesalahan tersebut pada 11.50 pagi di premis SenQ Mahkota Parade pada 26 Mac lalu apabila menaikkan harga sebuah peti sejuk jenama Pensonic 500ml Mi Bar PEN-PMF-65 yang pada asalnya berharga RM459 kepada RM479, menyebabkan kenaikan dalam margin keuntungan bersih peti sejuk terbabit. - Siakapkeli.my