Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Balai Pengawal Sekolah Diserang Bom Molotov Koktel

25 Jun 2015

Sungai Petani: Balai pengawal sebuah sekolah di sini yang terlibat dengan isu seorang guru 'meminta' murid bukan islam 'meminum air kencing sendiri'  dibaling bom molotov koktel oleh dua orang lelaki malam tadi.

Tiada kecederaan yang dilaporkan namun balai tersebut mengalami sedikit kerosakan kecil dalam kejadian kira-kira 9.50 malam itu,

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya, suspek itu berhenti di depan pintu masuk sekolah sebelum membalin bom tersebut.

Kata beliau lagi, sebahagian langsir di balai pengawal itu terbakar tetapi api berjaya dipadamkan.

"Polis yang menerima maklumat berhubung kejadian itu kemudian mengesan suspek dan berjaya menahan mereka yang berusia 20 dan 30-an.

"Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan bencana dengan api," katanya memetik laporan myMetro. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "