Polis Australia Lancar Serbuan Selepas Pendedahan Skim Pembelian Tanah Oleh MARA
Melbourne - Polis Persekutuan Australia telah menyerbu di Melbourne berikutan pendedahan oleh akhbar The Age tentang pembelian kontroversi apartment oleh MARA di sini.
Melalui laporan Akhbar The Age, pihak berkuasa Australia telah menyerbu sebuah rumah di Vermont Selatan di sini dan merampas komputer serta fail untuk membantu siasatan.
Serbuan itu dibuat sebagai sebahagian dari Operasi Carambola bagi menyiasat satu skim penipuan yang dikatakan melibatkan rakyat Malaysia dan juga melibatkan wang berjuta-juta dollar.
Skim tersebut mengundang desakan supaya pengerusi MARA, Tans Sri Annuar Musa dipecat. - Siakapkeli.my