Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gambar Potret Tun M Telah Sengaja Disunting Untuk Nampakkan Perbalahan Antara Tun M Dan Najib - Mohd Badlishah

25 Jun 2015
No Comment


KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini kecoh bahawa potret bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) di ibu Pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 'hilang' dan ia menjadi tanda tanya orang ramai.

Memetik laporan MalaysianDigest, hari ini, Ketua Pemuda Penerangan UMNO Cawangan Titiwangsa, Mohd Badlishah telah menafikan sekeras-kerasnya insiden berkenaan.

Menurutnya, ini adalah perbuatan pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab di mana mereka sengaja menimbulkan suasana tidak elok antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Lampu yang menyuluh potret bekas presiden UMNO itu tidak pernah terpadam malah sentiasa menyala bersama enam potret yang lain termasuk potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak."

“Pihak kami telah pergi memeriksa kawasan tersebut, potret itu tidak pernah terpadam dan tiada sebarang kerosakan berlaku.

“Portal berita itu sengaja menjadikan perkara ini ‘viral’ untuk menampakkan pergaduhan antara Tun M dengan Datuk Seri Najib,” katanya ketika dihubungi.

Beliau juga mengulas mengenai gambar di laman sosial yang menunjukkan gambar potret Tun M terpadam, Mohd Badlishah sekali lagi menyangkal dan menegaskan apa yang disebarkan itu adalah tidak benar.

“Ia sengaja disunting,” katanya ringkas.

Semalam beberapa portal media telah melaporkan tentang perkara ini selepas mereka terlihat kejadian berkenaan ketika menghadiri majlis berbuka puasa media anjuran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "