Perang mulut antara Azwan dan wanita tersebut berlaku beberapa hari lalu.
Nur Azira, yang menggunakan @NurAziraWA di Twitternya membalas 'Menate' selepas Azwan memuatnaik satu twit cadangan tempat makan.
Bagaimanapun twit Nur Azira disalahtafsir Azwan yang mungkin menganggap wanita itu memanggilnya 'binatang' berdasarkan loghat Kelantan.
Tidak semena-mena Nur Azira dimaki dan digelar 'Sundal' dan 'Neraka'.
Nur Azira segera memperbetulkan tanggapan Azwan dengan menerangkan maksud twitnya adalah Restoran Me'nate, namun artis itu kemudiannya menukar status akaun Twitter, dan lebih menarik turut mengubah laman sosial itu kepada 'private'.
Gara-gara dimaki itu jugalah Nur Azira dan keluarganya dijemput oleh Restoran Me'nate untuk berbuka di sana menikmati hidangan stik secara percuma.
Untuk pengetahuan restoran yang terkenal dengan hidangan stik itu boleh mencecah harga hidangannya sehingga RM1,000 - RM2,000 kerana menggunakan daging lembu Wagyu dari Jepun.
Siapa sangka di sebaliknya terselit rezeki yang tidak diduga. -Siakapkeli.my