Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Putrajaya "Membisu" Apabila Ditanya Perihal Hutang 1MDB Dengan Bank Tempatan

18 Jun 2015


Putrajaya enggan memberi butiran hutang 1MDB dengan bank-bank tempatan dengan alasan ianya adalah rahsia dibawah Akata Bank Negara Malaysia 2009.

 Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak kepada Mohamed Azmin (PKR-Gombak) di Parliment melalui satu jawapan bertulis.

Putrajaya diminta oleh Azmin untuk menyenaraikan senarai hutang-hutang 1MDB dengan bank tempatan serta kesannya kepada bank berkenaan sekiranya hutang itu dikelaskan sebagai "non-performing loans"(NPL).

"Semua maklumat berkaitan peminjaman di institusi perbankan adalah tertakluk kepada peruntukan kerahsiaan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009.

"Oleh yang demikian kerajaan tidak dapat memberi ulasan secara khusus berkaitan sesuatu akaun peminjam atau institusi kewangan di bawah seliaan BNM," kata Najib dalam jawapan bertulis itu, memetik laporan dari TMI.– Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "