Pihak Berkuasa Barat China Larang Penduduk Islam Berpuasa
Khabar duka buat umat Islam di wilayah Xinjiang, barat China apabila pihak berkuasa tempatan di negeri tersebut dikatakan telah mengeluarkan notis untuk melarang umat Islam di sana berpuasa.
Mereka memaksa penjawat awam yang beragama Islam berjanji untuk tidak berpuasa di mana notis juga diberi kepada guru dan pelajar untuk menghalang mereka berpuasa.
Tindakan itu susulan daripada kejadian serangan ganas di wilayah berkenaan sejak tiga tahun lalu sehingga mengakibatkan beratus-ratus orang terkorban, dengan Beijing mendakwa serangan dilancarkan oleh militan Islam.
Kerajaan dalam laman webnya berkata, pegawai kesihatan makanan bersetuju untuk menggalakkan restoran makanan halal beropesai di bulan Ramadan.
Mana-mana restoran yang membuka restoran makanan mereka pada bulan puasa dijanjikan pihak kesihatan tidak akan memeriksa kedai mereka dengan kerap. - Siakapkeli.my