Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Didie Alias Dikritik Peminat Kerana Belum Bertudung

18 Jun 2015
No Comment


Pelakon dan pengacara, Didie Alias mengaku yang dia ada menerima kritikan dan komen negatif oleh peminatnya kerana dia masih belum memakai hijab.

Memetik laporan mStar Online, Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 41, menegaskan dia tidak akan berhijab semata-mata untuk memuaskan hati orang lain sebaliknya perkara tersebut mestilah dilakukan dengan keikhlasan hati.

"Memang ramai bercakap mengenai perkara ini selain turut menerima kritikan dan komen negatif daripada peminat tetapi saya tidak boleh hendak menutup mulut orang lain.

“Bagi saya berhijab atau tidak bergantung kepada niat dan keihklasan kita dalam melakukan sesuatu perkara kerana kalau tidak ikhlas dan sekadar memenuhi kehendak orang lain, memang tidak boleh.," katanya.

Didire mengharapkan peminat-peminatnya mendoakan supaya dibukakan pintu hatinya untuk memapakai tudung satu ahri nanti dan bukannya melemparkan kata-kata negatif terhadapnya.

Beliau juga sedar ramai mempertikaikan imej yang dib abwanya sedangkan anak perempuannya sendiri sudah bertudung.

“Memang saya tahu ramai orang cakap anak-anak sudah berhijab tetapi ibu mereka belum. Benda itu semuanya atas didikan dan tanggungjawab kita.

“Sebenarnya anak-anak sentiasa mendoakan saya biarpun mereka tidak tegur secara berdepan tetapi saya tahu mereka sentiasa memohon pada Allah untuk saya berhijab,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "