Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

PKR Masih Lagi Berfungsi - Anwar Ibrahim

18 Jun 2015


PETALING JAYA: Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa gabungan parti politik PKR masih lagi berfungsi dan bekerjasama walaupun ia diumumkan berakhir.

Dakwaan Anwar itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah yang telah bertemu dengan Anwar Ibrahim ketika pendengaran satu kes pada Khamis.

"Saya mengikuti perkembangan terkini yang telah menjejaskan gabungan formal pakatan rakyat. Namun secara (substance) hakikat, kerjasama di antara ketiga-tiga parti diperingkat kerajaan-kerajaan negeri, dan Parlimen demi menentang kerakusan dan ketidakdilan secara tegas terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) masih kekal diteruskan.

"Saya ingin menggesa rakan-rakan untuk menumpukan sepenuh perhatian menjadikan kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang menunjukkan kepedulian terhadap masalah rakyat berdasarkan dasar bersama pakatan rakyat," jelas Anwar memetika laporan dari mStar Online.

Tambahnya lagi, rakyat kini sedang menanggung beban kenaikan harga barang dan juga perlaksanaan GST.

"Pemimpin parti bersama dengan NGO-NGO perlu berganding bahu menuntut perubahan dan menolak kerakusan kuasa dan rasuah kerajaan BN," dakwanya lagi.

Anwar Ibrahim kini sedang menjalani hukuman penjara selama 5 tahun di Penjara Sungai Buloh kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. - Siakapkeli.m
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "