Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Kelantan Tahan Bapa Dan Ibu Tiri Suspek Dera Kanak-Kanak 5 Tahun

29 Jun 2015


KOTA BHARU: Pasangan suami isteri yang disyaki mendera kanak-kanak perempuan berusia lima tahun berjaya ditahan oleh polis Kelantan pada malam tadi.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, suspek yang berumur 39 dan 25 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Jalan Bayam, kira-kira jam 9 malam tadi.

Lelaki berkenaan yang merupakan bapa kandung dan wanita yang juga ibu tiri kanak-kanak berkenaan akan direman pagi ini.


Terdahulu kanak-kanak tersebut, Nur Zuliana Zaara Bt Mohd Mishabuddin yang berusia 5 tahun dilaporkan telah mengalami lebam dan penuh parut di badan selepas didera oleh ibu tirinya.

Kejadian disedari oleh ibu mangsa, Sana Abd Malek, 28, yang telah pergi mengambil anaknya itu di rumah bekas suaminya di Rantau Panjang.

Nur Zuliana dijaga oleh ibu tirinya selepas bapa dan ibu kandungnya berpisah sejak 2013.

Mazlan dalam pada itu memberitahu berat badan mangsa susut dipercayai tidak diberi makan, malah badannya juga dipenuhi kecederaan lama dan baru.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "