KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan restoran dan kedai mamak 24 jam akan kekal beroperasi seperti biasa.
Ujarnya kerajaan tidak akan mengubah peraturan sedia ada berkenaan pembukaan premis makanan 24 jam itu.
"Kita akan kekalkan pembukaan restoran 24 jam ini seperti sedia kala. Jadi tidak timbul kebimbangan untuk kita menyekat waktu mereka (pengusaha) membuka kepada orang ramai," katanya hari ini.
Semalam Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu kerajaan bercadang mengkaji semula waktu operasi restoran dan kedai mamak 24 jam selepas didakwa menyumbang kepada peningkatan masalah sosial di kalangan orang muda.
Ia bagaimanapun menerima bangak reaksi negarif daripada rakyat yang nyata tidak bersetuju dengan cadangan itu. -Siakapkeli.my