Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kerajaan Pergiat Usaha Bawa Keluar Pekerja Haram Di Negara Ini - Zahid

28 Jun 2015



TAWAU: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata kerajaan akan mempergiatkan usaha mengesan kira-kira 2 juta pendatang tanpa izin yang bekerja secara haram di negara ini.

Usaha berkenaan akan dijalankan bersama antara Jabatan Imigresen, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan beberapa agensi lain. 

"Sebelum kita bawa masuk kira-kira 1.5 juta pekerja yang mempunyai dokumen sah dari Bangladesh, kita akan bawa keluar terlebih dahulu warga asing tanpa izin yang berada dalam pasaran kerja di negara ini. 

"Dalam usaha itu, kita juga akan meminta kerjasama daripada pihak kedutaan-kedutaan berkaitan," katanya memetik mStar.

Sementara itu Zahid tidak mahu usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membawa masuk pekerja dari Bangladesh dipolitikkan kerana ia bertujuan memenuhi permintaan pasaran terhadap kekurangan pekerja di sektor perladangan, pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan.

"Oleh itu, perkara ini tidak seharusnya dipolitikkan...ia bukan kebanjiran pekerja kerana kita akan keluarkan terlebih dahula warga asing tanpaizin sebelum kita membawa pekerja yang mempunyai dokumen lengkap. 

"Tidak ada negara yang mengizinkan mana-mana pekerja asing yangtidak mempunyai dokumen sah atau tidak tinggalkan negara selepas tamat tempohvisa atau tempoh tinggal dalam negara itu," tegas beliau. 

Khamis lepas, Ahmad Zahid berkata kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "