PKR Akan Adakan Mesyuarat Malam Ini Untuk Tentukan Masa Depan Pakatan Rakyat
Parti Keadilan Rakyat(PKR) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausaha agungnya Rafizi Ramli di mana parti berkenaan akan memutuskan masa depan Pakatan Rakyat (PR) pada mesyuarat biro politiknya malam ini, kata setiausaha agungnya Rafizi Ramli.
PKR bertindak demikian selepas parti sekutu mereka DAP hari ini telah mengumumkan PR kini tidak lagi wujud.
BACA: DAP Umumkan Pakatan Sudah Tiada Lagi
Rafiza berkata mesyarat tersebut akan diadakan pada malam ni pada jam 8.30 malam di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya untuk membincangkan pendirian terbaru DAP berkenaan selepas parti berkenaan telah mencapai kata sepakat pada mesyuarat jawatankuasa kerja pusatnya (CEC) malam tadi.
"PKR akan membincangkan kenyataan DAP tersebut dan pendirian PKR di dalam mesyuarat biro politik mingguan yang akan diadakan malam ini," kata Rafizi dalam satu kenyataan sebentar tadi.
"Pimpinan PKR di semua peringkat tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehinggalah pendirian parti mengenai perkara ini dimuktamadkan." katanya.
DAP melalui Setiausaha agungnya, Lim Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan PR sudah tidak wujud dan hanya akan bekerjasama dengan PKR dan pihak yang mahu pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) berakhir. - Siakapkeli.my