Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Islam Akan Tercabar Jika Benarkan Bukan Islam Bina Masjid - Mufti Kelantan

16 Jun 2015
No Comment


ISLAM akan hilang wibawa dan tercabar jika orang bukan Islam dibenarkan membina masjid di negara ini kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata demikian dipetik dari laporan Sinar Harian di mana ia adalah sesuatu perbuatan yang amat janggal walaupun wang membina masjid tersebut datang daripada sumber yang jelas dan halal.

“Pada zaman jahiliah, ketika inin membaiki Kaabah, wang daripada sumber judi tidak mereka gunakan.

“Dalam isu ini, kita tidak mahu bangkitkan persoalan tentang sumber, sebaliknya kewibawaan umat Islam.

“Tetapi jika daripada sumber yang tidak jelas, ia akan memalukan institusi agama yang ada di negara ini,” katanya.

Shukri berkata semikian bagi mengulas hasrat DAP yang mahu membantu membina sebuah masjid di Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang.

Menerusi Setiausaha organisasi DAP Anthony Loke sebelum ini dilaporkan telah bersetuju membantu pembinaan masjid berkenaan selepas mendengar permohonan daripada imam dan penduduk kawasan setempat.

Ia bagaimanapun menimbulkan kontroversi mengenai pembinaan masjid berkenaan di mana ada menganggap ia adalah satu penghinaan kepada institusi Islam di negara ini.

Selain itu, pendakwah Dr Abdul Basit Abdul Rahman berkata kepada Sinar Harian, tiada keperluan umat Islam bergantung kepada dana bukan Islam untuk membina masjid.

“Tak payah lah, orang Islam ramai, kerajaan negeri pun ada, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) juga ada untuk mengambil tanggungjawab menyediakan kemudahan itu tanpa perlu bergantung kepada bukan Islam,” katanya.

Bagaimanapun kerajaan negeri melalui Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah memberitahu tidak memerlukan bantuan DAP untuk membina masjid di Gua Musang.

Menurutnya peruntukan untuk membina masjid berkenaan sudah ada selepas perkara ini mendapat penjelasan dari badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Impian Kelantan melalui setiausahanya, Dr Rosli Alani Abd Kadir.

“Bagi saya, isu ini sudah jelas dan selesai, sebab Gabungan Impian Kelantan sudah ada peruntukan untuk baiki masjid tersebut dan tidak memerlukan pertolongan daripada DAP,” jelas beliau. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "