Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pengarah Erma Fatima Tuntut Cerai Dari Suami

12 Jun 2015



Tiada angin tiada ribut, pengarah terkenal Erma Fatima memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Badaruddin Azme atau dikenali sebagai Bade, semalam.

Memetik Rotikaya, suami Erma bagaimanapun gagal menghadirkan diri pada sebutan pertama kes penceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Sehubungan itu Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaluddin memberi kebenaran kepada Erma untuk mengeluarkan notis amaran.

Pasangan berkenaan telah berkahwin selama 24 tahun dan memiliki lima anak angkat.

Pada awal tahun lalu, Bade mengumumkan berkahwin untuk kali kedua dengan seorang wanita bernama Aida dan kini mempunyai anak lelaki yang berusia enam bulan.

Meskipun sudah berkahwin lain, Bade mengakui masih menyayangi Erma dan menafikan sebarang dakwaan akan bercerai dengan isteri pertamanya itu. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "