Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pemandu Lori Sebabkan 5 Sekeluarga Rentung Tukar Pengakuan Kepada Tidak Bersalah

10 Jun 2015
No Comment



Kuala Berang: Pemandu lori yang menyebabkan lima kematian dalam kemalangan di Kilometer 386.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Ajil-Bukit Besi hari ini telah menukar pangakuan kepada tidak bersalah.

Fazly Othman, 35, yang memandu lori kargo dikatakan telah merempuh belakang sebuah kereta jenis Kia Spectra menyebabkan kereta tersebut terbakar yang mengorbankn lima orang termasuk sua orang kanak-kanak.

Dalam prosiding sebelum ini di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Fazly yang berasal daripada Labis, Johor, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan.

BACA: Pemandu Sebabkan Empat Sekeluarga Rentung Ditahan Reman Empat Hari

Dia telah didakwa memandu secara merbahaya dan menyebabkan kematian dalam kejadian tersebut pada 4.30 petang 24 Mei lalu.

Mereka yang terkorban ialah pemandunya, Ahmad Razi Harun, 53; Dayang Suhana Mohd Nawi, 23; Umar Rayyan Suhaimi,6; Nur Damia Irdiha Rosailan, 1; dan Hafshah Wangai,56, terbunuh.

Selepas beliau mengaku tidak bersalah, Majistret Abdul Hayyi Salim telah menetapkan 24 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula untuk serahan dokumen. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "