Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

PAS Sahkan Akan Kaji Semula Kerjasama Politiknya Dengan DAP

10 Jun 2015
No Comment


KUALA LUMPUR: Parti Islam SeMalaysia (PAS) hari ini telah mengesahkan akan mengkaji semula kedudukan parti Islam tersebut di dalam barisan Pakatan Rakyat.

Perkara ini disampaikan oleh Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang memberitahu bahawa perkara ini akan dipertimbangkan dalam masa terdekat bagi menentukan halatujua baru parti berkenaan.

“Jawatankuasa PAS Pusat Sesi 2015-2017 mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

“PAS akan mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan rakyat, tetapi ini tidak akan dilakukan pada mesyuarat pertama kita malam ini,” katanya dalam kenyataan media.

Menurut Takiyuddin semua halatujua PAS dalam PR akan ditentukan malam ini jam 8.30 malam ini  di mana mereka akan melantik setiausaha agung, ketua penerangan, bendahari dan semua jawatan yang dilantik.

Sebelum ini dalam Muktamar PAS di Kuala Selangor, dewan Ulamak PAS telah mengusulkan cadangan supaya PAS memutuskan kerjasama politik dengan DAP selepas pemimpin parti tersebut dilihat lantang menyerang kepimpinan Hadi Awang. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "