Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nuar Ayam, Penjenayah Paling Dikehendaki Di Kelantan Akhirnya Diberkas

25 Jun 2015





RANTAU PANJANG: Polis Kelantan akhirnya berjaya memberkas penjenayah paling dikehendaki di negeri itu di sebuah rumah di Taman Kajang Mewah, Kajang, awal pagi semalam.

Anuar Mohamad yang berusi 37 tahun sebelum ini didakwa terlibat dengan pelbagai jenayah, termasuk 16 kes jenayah membabitkan kes bunuh, samun, rogl dan peras ugut.

Anuar dikenali sebagai 'Nuar Ayam'.

Memetik laporan The Rakyat Post hari ini, Nuar Ayam berjaya ditahan pihak berkuasa pada jam 1.50 pagi berdasarkan serbuan pasukan STAFOC Bukit Aman, hasil maklumat orang ramai.

“Pasukan polis terpaksa memecah pintu rumah terbabit bagi menahan suspek. Tiada sebarang tembakan kerana suspek didapati tidak bersenjata.

“Soal siasat awal yang dilakukan suspek memberitahu senjata api yang digunakan dalam kegiatan jenayahnya kini dipegang oleh rakan subahatnya. Namun begitu, polis akan terus menjalankan siasatan dan soal siasat bagi mengetahui keadaan sebenar.

“Daripada rekod yang dicatatkan suspek dipercayai terbabit dalam 1 kes bunuh, 16 kes samun, satu kes rogol, empat kes peras ugut serta satu kes melepaskan tembakan.

“Modus operandi suspek ialah melakukan jenayah di Kelantan sebelum melarikan diri dan menetap di Kajang dan Shah Alam. Apabila kesempitan wang dia dipercayai akan kembali melakukan jenayah bersama rakan subahatnya," katanya.

Sementara itu, Nuar Ayam akan direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut. -Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam
  2. Yuk daftarkan diri anda bersama kami DEWALOTTO
    minimal depo wd cuma 20 ribu..^_^

    BalasPadam
  3. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam
  4. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "