Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Indonesia Masih Siasat Identiti Perampas MT Orkim Harmony Kerana Tidak Percaya Warganya Terlibat

25 Jun 2015
No Comment
Kredit Foto: FMT

JAKARTA: Pihak pemerintah Indonesia melalui Kementerian Luarnya masih menjalankan siasatan mengenai status kewarganegaraan perampas kapal tangki Malaysia MT Orkim Harmony kerana masih tidak percaya warganya terlibat.

Pejabat Konsul Indonesia di Ho Chi Minh Jean Anes berkata, pihak konsulat telah menerima laporan daripada pihak polis Vietnam mengenai maklumat lapan lelaki berkenaan tetapi kerana masih tidak percaya mereka telah menjalakan siasatan lain.

Berdasarkan laporan polis Vietnam, kesemua kelapan-lapan lelaki yang ditahan berkenaan mengaku sebagai warganegara Indonesia.

Mereka merupakan 8 daripada 13 lanun yang telah berjaya ditahan oleh pihak berkuasa Vietnam selepas merompak kapal tangki MT Orkim Harmony yang membawa membawa 6,000 tan petrol bernilai RM21 juta ke Pelabuhan Kuantan dari Melaka pada 11 Jun lalu.

Menurut Menteri Luar Retno Lestari Priansati Marsudi berkata, pihak Jakarta nanti akan melakukan siasatanlebih terperinci atau melakukan penafian bahawa mereka itu adlaah warga Indonesia.

Jika siasatan yang mereka lakukan nanti membuktikan bahawa kelapan-lapan mereka itu sah rakyat Indonesia, Jakarta akan mengupah penguam untuk membela mereka. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "