KUCHING, 25 Jun: Seorang pemandu kereta mewah Ferrari Speciale terselamat apabila terbabit dalam satu kemalangan dengan tiang berhampiran Jalan Tabuan Court pagi tadi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, pemandu tersebut bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kemalangan.
Difahamkan juga, pemandu kereta tersebut adalah anak kepada seorang ahli perniagaan hartanah di negeri tersebut.
Gambar kemalangan tersebut telah menjadi viral di media sosial dengan orang ramai melontarkan pelbagai pendapat mengenai kejadian. - Siakapkeli.my