Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mufti Perlis Bidas Program Panggilan Hangit, Sifatkan Ia Sebagai Haram

14 Jun 2015


SHAH ALAM: Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin menyifatkan rancangan panggilan hangit atau seumpamanya yang diterbitkan okeh steaen radio adalah haram.

Memandangkan ia boleh didengari oleh pendengar di seluruh negara, Asri menyatakan ia seolah-olah mempersenda dan memalukan mangsa.

"Rancangan panggilan hangit ataupun yang seumpamanya yang dilakukan oleh stesen radio tertentu yang mengejutkan orang dipanggil, menakutkan, mempersenda dan memalukan mereka adalah sesuatu yang HARAM dari segi agama. 
 
"Apatah lagi rancangan itu didengari oleh ramai pendengar dan menimbulkan rasa malu ataupun kejutan kepada pihak mangsa," demikian memetik posting di Facebooknya.

Bukan itu sahaja program seperti itu secara tidak langsung mengaibkan mangsa.
 
"Rancangan seperti itu hanya memperbodohkan mangsa dan menjadi mangsa bahan untuk ditertawa oleh orang ramai secara yang memalukan. 
 
"Ia secara tidak langsung sering mendedahkan aib peribadi mangsa yang tidak sepatutnya," katanya lagi.

Kenyataan Asri itu dipercayai merujuk kepada siaran panggilan hangit Hot FM pada 3 Jun lalu yang melibatkan isteri kelasa pemain bola T-Team, Nor Farhan.

Isterinya dihubungi oleh seorang wanita yang didakwa sedang hamil anak kepada Nor Farhan dan mahu suaminya bertanggungjawab.

Ia bagaimanapun mendapat respon negatif daripada pendengar. Nor Farhan kemudiannya meminta maaf atas keterlanjuran panggilan hangit itu. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "