Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

MH17: Bellingcat Sahkan Rusia "Edit" Gambar Satelit Untuk Salahkan Pemberontak Ukraine

2 Jun 2015
No Comment


Penyiasat bebas dalam talian, Bellingcat.com telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak berkuasa Rusia dengan sengaja telah mengedit bukti gambar satelit untuk menyalahkan pemberontak Ukraine dalam nahas MH17 yang berlaku Julai tahun lalu.

Menurut mereka, setelah menjalankana analisa forensik ke atas gambar yang diambil dan analisa terhadap gambar yang telah dikeluarkan Kementerian Pertahanan Rusia dalam satu sidang akhbar pada 21 Julai tahun lalu.

“Analisa forensik yang dijalankan hasil siasatan oleh pasukan kami menunjukkan adalah jelas tarikh gambar satelit yang diambil adalah palsu dan gambar terbabit telah diubah menggunakan perisian Adobe Photoshop CS5,” laporan itu berkata.

Berdasarkan laporan itu, meraka mendapati imej yang dipaparkan oleh Rusia kononnya, pelancar peluru Buk milik pemberontak Ukraine yang menembak MH17 merupakan gamabr lama yang telah diambil pada Jun 2014.


Imej yang menunjukkan kenderaan pelancar roket itu menginggalkan kawasan terbabit juga dikatakan telah diubahsuai bagi memberikan gambaran yang pemberontak Unkaine yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat.

Sebelum ini hasil siasatan awal oleh pasukan penyiasat Belanda telah mendedahkan dengan mengatakan pesawat Boeing 777-200 itu meletup di udara selepas terkena objek ‘berkuasa tinggi’.

DI dalam laporan itu juga yang dikeluarkan oleh Badan Keselamatan Belanda itu turut mendedahkan bahawa tiada tanda-tanda pesawat terbabit menghadapi masalah teknikal, dalam kecemasan atau sesuatu yang dilakukan anak kapal.

Ini dibuktikan menerusi peti rakaman suara pesawat yang ditemui. - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "