Bila jadi selebriti, apa sahaja yang dilakukan pasti akan menjadi perhatian orang ramai. Lebih-lebih lagi perkembangan semasa boleh diikuti di laman-laman sosial milik artis tersebut.
Terbaharu, Rozita Che Wan dikritik sebahagian pengikut di akaun Instagramnya setelah memuatnaik satu gambar yang kononnya menampakkan beliau memakai seluar atau skirt pendek, dan mengenakan hijab.
Memetik Rotikaya, gambar tersebut menunjukkan Che Ta sedang bercuti bersama keluarganya di London.
Namun, Che Ta mengakui tidak terkesan dengan dakwaan berkenaan dengan mengatakan beliau tidak mengenakan pakaian yang mendedahkan aurat dan tetap bertudung.
“Orang buta sahaja yang tak boleh bezakan seluar dengan peha. Kalau orang yang berakal tengok gambar ini mereka takkan komen yang saya tak pakai seluar atau memakai seluar pendek kerana secara jelas saya bertudung. Saya bukannya gila untuk buat seperti itu”
“Saya tahu batas bertudung. Hanya orang yang selalu fikir negatif sahaja akan pantas membuat kesimpulan yang negatif semata-mata. Yang kutuk itu hanya seorang dua dan selebihnya banyak memberi komen mempertahankan saya. Biarlah apa orang nak cakap, saya cool,” ujar Che Ta. -Siakapkeli.my