ISLAMABAD: Seorang pemimpin politik Pakistan menggesa pasukan bersenjata negara itu melakukan operasi ketenteraan terhadap golongan wanita yang memakai seluar jeans selepas didakwa menjadi penyebab kepada kejadian gemapa bumi dan bencana alam yang lain.
Maulana Fazlur Rahman, yang juga ulama di negara itu kemudiannya berkata wanita yang sengaja berpakaian seksi dan mendedahkan aurat kesannya adalah bersamaan dengan senjata pemusnah seperti bom nuklear.
Bukan itu sahaja, beliau yakin pihak Taliban juga tidak akan melakukan keganasan di Pakistan jika kesemua wanita di negara itu berpakaian sopan dan menutup aurat.
“Pihak Taliban adalah saudara kita dan kemarahan mereka di negara ini bersebab. Pengeboman oleh Taliban adalah kemarahan Tuhan ke atas kita maka adalah perlu untuk menlenyapkan musuh sebenar Pakistan.
“Antaranya yang perlu dicegah adalah wanita yang memakai jeans,” katanya.
Sebelum ini, sistem pentadbiran masyarakat Khap Panchayat di Uttar Pradesh menguatkuasakan undang-undang larangan memakai seluar jeans dan penggunaan telefon bimbit kepada golongan wanita yang belum berkahwin. -Siakapkeli.my