Lelaki Cuba Larikan Diri Selepas Didapati Bersalah
GEORGE TOWN, 9 Jun: Seorang lelaki yang didapati bersalah diatas kesalahan rompakan bersenjata cuba melarikan diri semasa di sesi pendengaran rayuan di Mahkamah Sesyen hari ini.
Muhammad Elias Muhammed Yusoff bertindak cuba meluru ke pintu setelah hakim mendapati dia bersalah kira-kira jam 10.10 pagi.
Memetik laporan dari mStar Online, Elias berlari keluar dari kamar dan turun ke tingkat dua selepas Timbalan Pendakwa Raya Charanjit Singh menggesa hukuman berat dijatuhkan keatasnya.
Bagaimanapun, cubaan Elias gagal setelah anggota polis yang berada berhampiran berjaya menangkapnya dengan bantuan orang ramai di pntu pagar mahkamah. - Siakapkeli.my