KUALA LUMPUR: Lebih 130,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan disenaraikan ke dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS) mulai Selasa ini kerana gagal menjelaskan pinjaman mereka.
Nama kesemua mereka dihantar ke Bank Negara sehingga 26 Mei lalu dan akan mula dimasukkan ke dalam sistem berkenaan lda 16 Jun ini.
“Peminjam culas yang namanya disenaraikan dalam CCRIS akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan negara ini.
“Ini termasuk pinjaman sewa beli kenderaan, perumahan pembiayaan peribadi dan kad kredit,” lapor Berita Harian hari ini.
Dalam pada itu jumlah kutipan bayaran balik PTPTN kini mencecah RM5 juta sehari.
Menurut Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah, peningkatan jumlah itu disebabkan beberapa inisiatif yang diambil agensi itu untuk memastikan peminjam membuat bayaran semula.
“Sebelum ini, jumlah kutipan ialah RM800,000 sehari dan selepas tindakan, terdapat lonjakan yang tinggi dalam jumlah kutipan sehingga mencecah RM5 juta sehari, iaitu peningkatan lebih RM4 juta," katanya. -Siakapkeli.my