Lagi Kes Berpakaian Pendek Dihalang Masuk Bangunan
Jika baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan kes wanita tidak dibenarkan berurusan di kaunter urusan JPJ kerana memakai pakaian pendek, hari ni kes yang sama berlaku tapi di Bangunan Sultan Slahuddin Abdul Aziz Shah (SUK) Shah Alam.
Menurut laporan dari The Malaysia Insider, dua orang wanita, satu darinya adalah wartawan NSTP manakala seorang lagi pelawat dihalang masuk di SUK.
Wartawan tersebut dihalang oleh pengawal keselamatan untuk membuat liputan hanya kerana berpakaian pendek walaupun datang ke bangunan tersebut atas jemputan, kata Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.
Menurut Santiago lagi, kedua-dua wanita terbabit diarah memakai kain sarung untuk menutup kaki kerana pakaian mereka dianggap terlalu singkat.
"Kenapa perlu periksa bahagian kaki wanita? Kenapa pengawal keselamatan perlu melihat kaki wanita?
"Adakah ini peranan baru pengawal keselamatan?" tulis Santiago di Facebook miliknya hari ni.
Santiago turut menggesa Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali agar menarik balik peraturan tersebut.
"Sedangkan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) secara terbuka sudah meminta maaf beberapa minggu lalu, kenapa pengawal di SUK menguatkuasakan polisi ini?
"Sila gugurkannya segera, Azmin Ali," tegas Santiago. – Siakapkeli.my