Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Nak Cium Acik Juga Boleh Tak?" Kisah Tindakan Murid Darjah Satu Ini Setiap Pagi Sentuh Hati Netizen

17 Feb 2017
One Comment

Sebak pula rasa hati di hari Jumaat yang mulia ini apabila terbaca sebuah kisah yang agak menyentuh hati, kisah seorang kanak-kanak perempuan yang seolah-olah rindukan kasih sayang ibu bapanya.

Diceritakan oleh Puan Aida Mokhtar kisah seorang kanak-kanak perempuan tahun satu yang bersekolah satu sekolah dengan anak-anaknya di mana setiap pagi dia akan menghantar anaknya ke sekolah.

Namun dia perasan setiap hari kanak-kanak itu akan mengikutnya apabila dia membawa anaknya ke dalam kawasan sekolah, setiap tindak tanduknya diperhatikan sehingga satu masa dia bertanya kepada murid itu, jawapan yang diberikan cukup membuat hati tersentuh.


Assalamualaikum..

Harini saya nak berkongsi cerita..selama 3 minggu ni saya ada perhatikan seorang pelajar perempuan darjah 1 sebaya dengan anak sulung saya, kalau dia nampak saya hantar anakanak kesekolah..dia pasti akan ikut saya dan anak-anak dari belakang..

Mula-mula saya akan hantar si adik dulu di kelas praskolah dan lepastu ke kantin belikan sarapan si kakak dan baru hantar si kakak ke kelas.

Dia akan ikut dan perhatikan ape pun yang saya dengan anak-anak lakukan, anak-anak biasa akan salam dan cium saya berulang kali..(kadang2 sampai dekat 10kali cium pipi dan tangan.

Semalam petang semasa hantar si kakak sekolah petang..tergerak hati nak tanya dia, emak kerja ke?

Dia jawab "mak kerja misi ayah kerja polis.."owhh patut la jarang jumpa.

Pagi ni saya hantar anak ke sekolah macam biasa dan dia nampak saya dan anak-anak, dia ikut lagi macam biasa, waktu saya beli sarapan si kakak..

saya tanya dia "nak hotdog ker..makcik beli kan.."

dia jawab "taknak Acik".

Saya pun hantar si kakak ke kelas..macam biasa si kakak akan cium pipi dan tangan saya berulang kali, saya cium pipi si kakak jugak berulang kali.

Budak perempuan tu tengok jer ape yang saya dan si kakak buat, si kakak masuk kelas, saya pun tnya budak tu..

"kenapa selalu ikut acik.." 

Sia jawab dengan nada sedih..

"Nak cium acik bole tak"..

Ya Allah gugurnya hati saya...rasa nak menangis pun ade, terharu pun ada..tak cakap banyak..saya terus cium di...dia pun salam dan cium pipi saya..lepas tu dia terus senyum.

Ya allah...tak tahu nak ckp apa..😢😢😢😢😢😢...adakah anak ini rindu belaian ibunya...Masya Allah..

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. masyaallah..terharu sangat..tak sedar airmata meleleh huhuhuhu...sedihnya naluri seorang ibu

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "