Pakar Ekonomi Bagi Amaran, Kejatuhan Ringgit Petanda Kos Sara Hidup Akan Lebih Tinggi
KEJATUHAN nilai ringgit adalah tanda-tanda bahawa kos sara hidup akan lebih meningkat selain kenaikan harga barang dari makanan hingga ke lampin bayi selepas cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan, itu adalah amaran yang dikeluarkan oleh Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).
Memetik laporan The Malaysian Insider, dengan kejatuhan nilai ringgit paling rendah sejak 9 tahun lalu menyebabkan kebanyakan kos import bahan mentah dan barangan siap mengalami kenaikan harga.
Menurut pakar, kejatuhan nilai ringgit pada masa ini merupakan satu elemen yang memberi kesan kepada ekonomi negara terutamanya untuk menghadapi tekanan kejatuhan harga minyak, hutang tinggi dan inflasi.
Walaupun sebelum ini Bank Negara Malaysia (BNM) telah memgeluarkan kenyataan bahawa kejatuhan ini hanya bersifat sementara tetapi perkara ini telah dipertikaikan oleh pakar ekonomi kerana kelemahan mata wang ringgit telah mencerminkan tahap ekonomi itu sendiri.
"Nilai mata wang sesebuah negara seperti termometer yang mengukur tahap kesihatan ekonomi, bacaan ekonomi sekarang tidak berapa baik," kata bekas ketua setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Ramon Navaratnam.
Jika keadaan ekonomi kita sekarang dalam keadaan 'sakit' maka semua golongan rakyat akan menghadapi situasi sukar.
Nilai ringgit sekarang (9 Jun) satu dolar US bersamaan dengan RM3.77 dimana ia hampir sama dengan RM3.80 semasa krisis kemelesetan ekonomi Malaysia pada 1997.
Pada 9 Juga dalam satu kenyataan kepada Bloomber, Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar berkata mata wang tidak diniagakan pada tahap yang mencerminkan dasar ekonomi Malaysia.
Di dalam ekonomi, fundamental merupakan tiang asas ekonomi Malaysia.
Berdasarkan Laman web Investopedia menjelaskan ia meliputi kadar pekerjaan dan inflasi, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), penggunaan peribadi dan lain-lain yang boleh mempengaruhi nilai mata wang.
Menurut kata pakar ekonomi bebas, Sdr Azrul Azwar Ahmad Tajuddin bersetuju dengan sentimen BNM dengan berkata ringgit secara kasarnya di bawah nilai hanyalah sementara.
"Ekonomi negara kini lebih kuat berbanding 1997-1998 ketika dibelenggu dengan rizab asing yang rendah, kejatuhan ekuiti pasaran, pinjaman tidak berbayar dan kadar tertunggak," katanya.
Selain itu, menurut pakar akademik Prof Tan Sri Kamal Sali dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Malaya berkata kredibiliti kerajaan dalam menguruskan ekonomi amat penting dan mempengaruhi pemain pasaran.
"Hutang yang tinggi contohnya merupakan masalah struktur dan ia memberi kesan kepada persepsi pemain pasaran," katanya.
Keyakinan terhadap ringgit dan apabila ia mula terjadi apabila tahap keyakinan ekonomi menurun di mana unsur negatif terhadap ekonomi dan ringgit mula mempengaruhi satu sama lain.
Keadaan ekonomi yang lemah menjejaskan keyakinan pelaburan langsung asing dan modal swasta akan mula mengalir keluar dari negara.
Putrajaya perlu menangani kejatuhan ini dengan membanteras rasuah, mengamalkan urus tadbir yang baik dan menyelesaikan isu seperti saga 1Malaysia Development Berhad.
Menurut Azrul Azwar nilai ringgit yang rendah sebenarnya memberi lebih banyak keburukan dari kebaikan kerana ia mendatangkan manfaat kepada pengeksport terutama dalam sektor pelancongan dan pelaburan.
"Namun industri yang perlu mengimport bahan mentah akan merana kesan kenaikan kos dan mendapat pulangan rendah."
"Setakat ini pengeksport Malaysia nampaknya gagal mengambil kesempatan daripada kelemahan ringgit sejak eksport secara kasarnya jatuh ke paras 8.8% pada April 2015.
"Jika trend kejatuhan eksport kekal dalam beberapa bulan akan datang, ketika itu kita mula bimbang," katanya.
Memandangkan Malaysia mengimport banyak makanan segar, harga itu tentunya akan meningkat jadi harga akan terus naik tetapi bukan pendapatan. - Siakapkeli.my
Sumber: The Malaysian Insider