Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Kudung Minta Sedekah Dapat RM400 Sehari

22 Jun 2015
No Comment


BENTONG: Seorang peminta sedekah kudung sebelah tangan yang kelihatan berlegar-legar di restoran Gohtong Jaya berdekatan dengan Genting Highlands, menyanyi beberapa lagu popular dalam bahasa Cina dan memperoleh pendapatan sehingga RM400 sehari.

Lelaki yang dikenali sebagai Chen itu membuat pengakuan tersebut di dalam posting Facebooknya.

Menurut laporan dari China Press, peminda sedekah yang berasal dari China itu berlegar-legar di sekitar restoran di Gohtong Jaya bersama mikrofon dan satu tin biskut.

Sekurang-kurangnya dia akan mengunjungi sebuah restoran sebanyak lima kali sehari dan ada dalam kalangan pelanggan yang memberikannya duit disebabkan perasaan kesian.

Sesetengah premis telah menghalang Chen dari masuk kerana mengganggu pelanggan.

Chen hilang lengan kirinya setelah terlibat dalam satu letupan bunga api kira-kira 10 tahun lepas dan berkata dia mempunyai keluarga untuk diberi makan di Hunan, China.

Menurut Chen lagi, dia adalah ahli kumpulan "Beggars Clan" di China dan separuh dari pendapatannya akan diberikan kepada kumpulan itu.

Kumpulan Beggars Clan adalah kumpulan peminta sedekah yang ditubuhkan sejak 100 tahun yang lalu.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "