Seekor kucing di Ireland, yang diberi nama 'Ozzie' telah menjadi misteri dunia apabila ia dijumpai berlegar-legar tanpa arah di Utara Ireland.
Satu cip mikro yang dijumpai bersama dengan kolar Ozzie diimbas dan mendedahkan Ozzie didaftarkan pada tahun 2000 di Sydney Australia. Di dalam cip tersebut juga tertulis tahun kelahiran Ozzie iaitu tahun 1989 menjadikan umurnya kini 16 tahun.
Pemilik kucing terbabit telah cuba dihubungi namun gagal.
Kucing tersebut didaftarkan menggunakan nama 'Tiger' dan telah dibawa ke London oleh tuannya dimana ia kemudian menjadi kucing terbiar pada tahun 2004.
Apa yang menjadi persoalan adalah bagaimana kucing tersebut menggembara melintasi sungai Irish untuk sampai ke Utara Ireland.
Jarak yang dilalui oleh Ozzie sebanyak 16,981KM |
"Kucing malang itu dalam keadaan lapar ketika ditemui, tetapi melihat kepada kolar yang dipakainya dia bukan kucing yang terbiar di masa lalu", kata McMullen.
"Kami teruja untuk membongkar masa lampau ini kucing dan diharapkan menyatukan kembali Ozzie dengan tuannya," kata McMullen. - Siakapkeli.my