Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kerana Mabuk, Seorang Ibu Sanggup Potong Dan Makan Kulit Kepala Anak

29 Jun 2015





INDIA: Mabuk sampai sanggup makan anak sendiri. Kes ini terjadi di West Bengal apabila Pramila, 40 tahun yang ketika itu sedang mabuk teruk dan tanpa sedar didapati memotong dan memakan kulit kepada anak perempuannya yang berusia dua tahun.

Kejadian itu disedari adik iparnya, Dablu Mondal yang terdengar tangisan dan jeritan kanak-kanak malang itu, Bharati Mondal

"Saya sedang berehat di rumah pada waktu tengahari ketika saya mendengar jeritan Bharati.

"Saya pantas merampas Bharati dari Pramila dan bawanya ke Kolej Perubatan dan Hospital Malda," katanya memetik Sinar Harian.

Penduduk kampung yang berang dengan tindakan Pramila kemudiannya mengikat wanita itu dan membelasahnya.

Ibu tiga anak itu mengakui tindakannya itu namun gagal memberikan sebabnya apabila ditanya penduduk kampung.

Nasib Pramila akhirnya diselamatkan oleh anggota polis yang dihubungi salah seorang adik tirinya bagi mententeramkan keadaan.

Susulan kejadian itu Pramila dijangkan akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "