KUALA LUMPUR: Menteri-menteri kabinet dikatakan bakal bermesyuarat secara tertutup bagi membincangkan isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), hari ini.
Memetik laporan Astro Awani, mesyuarat berkenaan dipercayai diadakan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur.
Kelihatan di hotel tersebut adalah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel dan Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan juga turut kelihatan di lokasi tersebut.
Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut berada di Majestic Hotel dengan kawalan ketat polis, namun dikhabarkan hadir untuk majlis yang berlainan.
Dipercayai perjumpaan itu akan mengambil masa selama tiga jam sebelum mesyuarat kabinet, pada esoknya. -Siakapkeli.my