Insiden Ludah : Nazmi Faiz Dihukum Gantung 6 Perlawanan
Singapura - Berikutan insiden meludah ketika perlawanan bola sepak menentang Timur Leste baru-baru ini, pemain negara, Muhammad Nami Faiz Mansor dikenakan hukuman digantung enam perlawanan.
Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada hari ini.
Perkara tersebut disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) melalui satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya hari ini.
"Rasmi: J/kuasa Tatatertib AFC memutuskan Nazmi Faiz Mansor digantung enam perlawanan kerana meludah pemain Timor Leste Sabtu lalu," . - Siakapkeli.my