Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Giant Nafi Dakwaan Jual Biskut Raya Dari China

29 Jun 2015


Berikutan satu mesej yang menjadi viral berhubung kuih raya yang dipunggah dari kontena China Express yang didakwa bakal dihantar ke Muar, Johor, Giant hari ini tampil menafikan penglibatan dalam perkara itu.

Menurut mesej viral tersebut, kuih raya itu dibuat di China dan logo halal yang ditampal amat mencurigakan.

Kuih Raya made in China. Status logo halal amat dicurigai. Harap semua jangan tersalah beli ye?.

Barang ini saya sendiri turunkan dari kontena China Express untuk penghantaran ke Muar, Johor," kata mesej terbabit yang turut mengaku gambar itu dirakam tanpa pengetahuan pengilang.

Mesej tersebut juga ada mengatakan kuih-kuih raya seperti ini selalu dilihat berada di pasar raya besar seperti Mydin, Giant, Tesco, Aeon Big yang dijual dengan harga RM9.90 hingga RM12.90 satu bekas.

Walau bagaimanapun, Giant hari ini tampil menafikan dakwaan yang dilemparkan itu.dan mengatakan dakwaan membeli kuih raya dari China dan menukar label tidak benar sama sekali.

GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd (Giant) menafikan dakwaan menjual kuih raya dari China di pasar raya berkenaan.


"Kami sememangnya tidak mempunyai sumber kuih raya yang diperoleh dari China.

"Sumber kami datangnya daripada pengeluar dan pembekal tempatan serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sejak beberapa tahun lalu," kata Pengurus Kanan hubungan kerajaan CGH, Mohd Shahrizal Ayub memetik laporan Sinar Harian.

Mengulas tentang mesej yang viral itu, Shahrizal berkata pihak Giant sedia maklum mengenai mesej itu sejak kelmarin. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "