Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Erra Fazira Harap Peminat Tidak 'Judge' Gaya Hijabnya

3 Jun 2015


PETALING JAYA: Artis terkenal, Erra Fazira tidak mahu para peminatnya mudah mengkritik gaya berhijabnya memandangkan masih baru berhijrah.

"Kita sepatutnya mendoakan dan saya percaya perlahan demi perlahan saya dan mereka yang berhijrah akan melakukan perubahan mutlak.

"Janganlah hentam yang teruk benar. Menegur tidak salah tetapi biarlah berhemah. Yang penting penghijrahan itu dalam diri," katanya memetik mStar.

Erra kini mula bertudung sempena malam Nisfu Syaaban Isnin lalu.

Tegasnya sudah tiba masanya untuk dia mengubah penampilannya seperti wanita Muslimah yang lain.

"Alhamdulillah Allah bukakan hati ini. Hasrat ini sudah lama tapi ia terpanggil kuat apabila masuknya Nisfu Syaaban... dah taknak fikir panjang lagi, laksanakan terus niat itu," ujarnya.

Erra dalam pada itu berharap agar peminatnya sentiasa mendoakan yang terbaik dan penghijrahan itu bersifat kekal. -Siakapkeli.my







Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "