Penduduk sekitar Alton, England digemparkan dengan kemalangan ‘roller coaster’ di taman tema Alton Towers di England.
Dalam kemalangan itu empat mangsa telah mengalami kederaan parah di bahagian kaki dan kesemua mereka terkandas selama dua jam sebelum mereka diselamatkan oleh pasukan kecemasan.
Memetik laporan Mirror semasa mangsa-mangsa di selamatkan dari ketinggian 25 kaki penduduk sekitar mendengar mangsa-mangsa menjerit.
Menurut seorang pengunjung yang beradi di tempat kejadian di laman Twitternya: “Ada yang tak sedarkan diri, pengsan. Banyak darah. Ia sungguh mengejutkan.”
Pasukan keselematan mengambil masa lebih lima jam untuk menyelamatkan mereka.
Mangsa yang cedera parah merupakan dua remaja perempuan berusia 17 dan 18 tahun, dua lelaki masing-masing berusia 19 dan 27 tahun.
Punca kejadian berpunca daripada satu gerabak kosong yang berada di situ di mana gerabak tersebut sedang diujii telah memasuki lane roller coaster yang mereka naiki sedang bergerak pada 81 km sejam. - Siakapkeli.my