Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bogel di Gunung Kinabalu: Salah Seorang Suspek Sudah Ditahan

8 Jun 2015


KOTA KINABALU, 8 Jun: Salah seorang dari 10 pelancong yang kini sedang diburu oleh polis kerana berbogel dan membuang air kecil di Gunung Kinabalu baru-baru ini telah ditahan dan bakal dilepaskan pada Isnin ini.

Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Sabah SAC Datuk Salehuddin Abdul Rahman, lelaki Eropah yang berusia 38 tahun itu ditangkap di terminal tambang murah di Tanjung Aru. Menurut laporan dari mStar Online, lelaki berkenaan berhajat meninggalkan negara untuk ke Filipina.

Kes disiasat di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana mengganggu ketenteraman awam dan boleh dikenakan denda sehingga RM400.

Sebelum ini, gambar sekumpulan pelancong asing yang berbogel dan membuang air kecil di Gunung Kinabalu menjadi viral di media sosial seterusnya mencetus kemarahan orang ramai terutamnya kaum Kadazan Dusun yang menganggap Gunung Kinabalu sebagai tempat yang suci. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "