AS Sedang Lakukan Ujian Untuk Hasilkan Pesawat Berkelajuan Hipersonik
Pihak Tentera Udara Amerika Syarikat mendedahkan mereka sedang menjalankan ujian untuk menghasilkan pesawat yang mempun bergerak merentasi beberapa negara hanya dalam beberapa minit menjelangt tahun 2023.
Menurut mereka ujian pelancar hipersonik ini telah dijalankan dimana mereka sebelum ini menafikan menjalankan ujian tersebut sebaliknya berkata hanya menjalakankan ujian peluru berpandu.
Bagaimanapun dengan pendedahan ini segala teka teki tersebut telah terjawab.
Ketua Pakar Saintis Tentera Udara AS, Mica Endsley memberitahu Miliary.com bahawa Tentera Udara dan DARPA, yang merupakan entiti penyelidikan Pentagon di AS telah merancang untuk memiliki pesawat hipersonik menjelang 2023.
"Kelebihan hipersonik bukan sekadar ia sesuatu yang boleh pergi sangat laju tetapi ia boleh pergi dalam jarak yang sangat jauh dengan kelajuan itu.
"Sebagai contoh, hari ini untuk pergi ke New York ke Los Angeles mengambil masa lima jam penerbangan menggunakan pesawat komersial. Dengan aset senjata hipersonik, ia boleh melakukan perkara yang sama dalam tempoh 30 minit. Anda boleh pergi ke destinasi lebih jauh dengan kelajuan yang terbaik," katanya.
Ujian yang menelan belanja AS$300 juta (RM1.1 bilion) ini merupakan ujian ke empat dan terakhir bagi penerbangan pelancar X-51A oleh Tentera Udara AS. - Siakapkeli.my