Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Zahid Hamidi Sahkan Penemuan Kubur Beramai-Ramai Di Padang Besar

24 Mei 2015

KAJANG: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan kewujudan kubur beramai-ramai yang memuatkan hampir 17 mayat di kem tahanan penyeludupan di Padang Besar. Menurut beliau, kem itu mungkin sudah lama wujud.

"Mungkin lebih lima tahun. Saya terkejut!" katanya memetik satu laporan mStar.

Kewujudan kubur dan kem di Wang Kelian dan kawasan sekitar itu disedari setelah ditemui oleh pegawai VAT69 dan Pasukan Gerakan Am pada minggu lepas. Bagaimanapun ianya sudah ditinggalkan selepas kewujudannya diketahui oleh pihak berkuasa.

"Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara berada di sana sekarang untuk proses pengecaman dan pengesahan.

"Satu kubur mungkin mempunyai tiga, empat badan. Tetapi kita tidak tahu berapa banyak jumlahnya. Kami mungkin akan mencari lagi mayat," kata Ahmad Zahid lagi.

Menurutnya, maklumat terkini akan disalurkan kepada orang ramai setelah perkara ini disahkan selain menafikan penglibatan kerajaan Malaysia berhubung perkara itu.

"Malaysia sebagai sebuah kerajaan pastinya tidak terlibat. Tetapi rakyat Malaysia, ya! Saya sedar itu sebagai fakta.

"Tetapi seperti yang anda tahu, di Mexico dan Amerika Syarikat, mereka mempunyai lebih ramai anggota keselamatan di sempadan, tetapi perdagangan manusia masih berlaku di sana," - katanya lagi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "