Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar Sekolah Menengah Antara Yang Ditangkap Khalwat Oleh JAIM

24 Mei 2015

MELAKA: Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga ditahan bersama teman lelakinya yang berumur 22 tahun dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada jam 2.50 pagi tadi.

Pasangan tersebut dipercayai berdua-duaan di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Tun Ali.

Menurut Pengarah JAIM, Ismail Hamid, pelajar perempuan berkenaan dipercayai masih menuntut di sebuah sekolah menengah di Masjid Tanah.

“Kedua-dua mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan Jaim akan memaklumkan perkara ini kepada ibu bapa dan pihak sekolah pelajar perempuan terbabit,” demikian menurutnya.

Turut ditangkap dalam operasi penguatkuasaan itu adalah tiga lagi pasangan yang berumur di antara 22 hingga 34 tahun di hotel yang berlainan di sekitar Kampung Lapan dan Malim.

Kesemua yang terbabit ditahan dan didakwa mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 atas kesalahan bersekediaman/berkurung/bersunyian tanpa nikah.

Jika sabit kesalahan mereka akan dikenakan denda RM3,000 atau penjara 24 bulan atau kedua-duanya sekali. — Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "