Yana Samsudin Mula Muat Naik Imejnya Bertudung Dilaman Facebook
Nampaknya keputusan Yana Samsudin yang merupakan pelakon dan pengacara untuk berhijab bukanlah main-main kerana ia sudah dibincangkan lebih awal lagi dengan suaminya dan keluarga.
Menurut Yana telah mula membuang sedikit demi sedikit gambar-gambar lamanya yang tidak bertudung di laman Facebook miliknya.
"Pada 28 April lalu, saya ada mengikuti majlis ilmu, Warung Halal di Kedah. Ketika itu, saya memang mengenakan tudung namun, belum terfikir untuk bertudung sepenuhnya.
"Pada keesokan harinya, saya hadir dalam program Wanita Hari Ini dan bertudung. Dari situlah saya mula terfikir untuk mengekalkan imej itu dan terus bertanya kepada suami.
"Alhamdulillah, dia menyambut baik keputusan saya. Mungkin ini adalah kerana doa daripada keluarga, suami, peminat dan sahabat. Saya sendiri pun tak tahu nak jelaskan macam mana kerana semuanya datang secara tiba-tiba," katanya yang dipetik Sinar Harian Online.
Rata-rata peminat amat teruja dengan penghijrahan Yana ini dan kebanyakan mencadangakan Yana memadams emua gambar-gamabr lamanya segera.
"Saya bersyukur dengan penerimaan positif di kalangan peminat. Sebagai pengurus, suami saya akan menguruskan mengenai perkara itu dan ia akan dibuat secara berperingkat.
"Namun, untuk iklan dan poster yang sudah dibuat, saya tidak boleh buat apa-apa kerana ianya dilakukan sebelum saya berhijab. Lagipun, saya tidak mahu menyusahkan pihak lain atas keputusan saya.
"Yang mana boleh diselamatkan, kami akan buat. Saya harap peminat akan memahaminya dan tidak menjadikan perkara ini sebagai isu selepas ini," katanya lagi. - Siakapkeli.my