Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tabung Haji Sahkan Lakukan Pembelian Tanah Dengan 1MDB Bernilai RM190 Juta

7 Mei 2015
One Comment


Desas desus tentang penjualan tanah milik 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada tabung haji akhirnya terjawab selepas pihak Tabung Haji tampil mengesahkan perkara ini.

Ketua pegawai eksekutif lembaga Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah memberitahu pembelian tanah milik IMDB oleh Tabung Haji telah berlaku dimana tanah tapak Tun Razak Exchange (TRX) telah dibeli dengan harga RM199.5 juta iaitu harga yang rendah berbanding dengan harga sebenar.

pmbelian itu dilakukan adalah untuk projek pembagunan di mana Tabung Haji akan membangunkan sebuah bangunan kediaaman.

Pembelian ini dilakukan selepas pihak Tabung Haji menerima harga diskaun dari nilai semasa tanah yang telah dikemukan oleh satu jurunilai hartanah bebas.


Bagaimanapun Johan menafikan yang pihak Tabung Haji akan membeli tanah yang dinamakan "Signature Tower (Phase 2)".

"Tabung Haji menafikan pembelian Signature Tower (Phase 2) oleh Kumpulan Tabung Haji seperti dilaporkan oleh blog tertentu,"

"Maklumat yang dibocorkan melalui kertas cadangan tidak boleh digunakan sebagai bukti bagi keputusan akhir untuk pelaburan,"  katanya dipetik Malaysiakini.

Sebelum ini,  Reuters ada melaporkan bahawa Tabung Haji telah membuat rundingan untuk membeli dua bidang tanah dengan harga sekitar RM720 juta (US$200 juta) kerana jualan tanah berkenaan bagi mengurangkan beban hutang dan memperbaiki penarafan kredit 1MDB. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "