Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

PEDOFIL: Pelajar Malaysia Akan Pulang Sebagai Individu Bebas Selepas Tamat Hukuman Di United Kingdom

7 Mei 2015
No Comment


Berikutkan penahanan pelajar Malaysia yang merupakan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Nur Fitri Azmeer Noordin yang disabitkan bersalah kerana memiliki bahan pornografi kanak-kanak di United Kingdom baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim telah menegaskan bahawa pelajar tersebut apabila pulang ke Malaysia nanti merupakan individu bebas kerana dia sudah menjalani hukuman di negara tersebut.

“Dia individu bebas tetapi jika dia melakukan kesalahan sama di sini, kita akan cari dia,” katanya.

Fitri yang berumur 25 tahun yang kini sedang menjalani hukuman penjara 18 bulan di penjara negara tersebut.

Noor Rashid juga menegaskan pemantauan akan dilakukan walaupun Malaysia tidak mempunyai daftar pesalah seks rasmi.

“Kita panggil mereka pesalah berdaftar. Kita ada mereka dalam senarai tetapi ia tidak boleh dikongsi dengan orang awam,” katanya dipetik The Malaysian Insider. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "